Thursday, October 15, 2009

^-^ PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN ^-^

 
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Peperiksaan akhir tahun bagi kelas 4kaa...

akan bermula pada hari Rabu 21/10/2009 hingga hari Khamis 5/11/2009

hari peperiksaan yang terlibat bagi kelas 4kaa :-

Rabu 21/10 >> BM 1 / BM 2

Khamis 22/10 >> BI 1 / BI 2

Jumaat 23/10 >> SJ 1 / SJ 2

Isnin 26/10 >> SY 1 / SY 2

Selasa 27/10 >> MM 1 / MM 2

Rabu 28/10 >> FZ 2 / FZ 3 / FZ 1

Khamis 29 /10 >> KM 2 / KM 3 / KM 1

Isnin 2/11 >> MT 1 / MT 2

Selasa 3/11 >> BIO 2 / BIO 3 / BIO 1

Rabu 4/11 >> BA 1 / BA 2

Khamis 5/11 >> QS / PJ / SV


untuk maklumat lanjut.. sila rujuk jadual peperiksaan yang diedarkan..


pesan penerbit >> do your best okeyh..??!! GAMBATE..!!

^-^ PROGRAM MOTIVASI ^-^

Dengan nama Allah yang maha pengasih lagi maha penyayang..
Selawat dan Salam ke atas nabi junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w



Pada minggu lepas diadakan program motivasi bagi kelas 4kaa..


aktiviti pada hari tersebut :-


hari Selasa >> teknik menjawab bagi subjek biology..
bermula pada pukul 1.30 petang hingga 3.30 petang

penceramah = Cikgu Norazah

hari Rabu >> teknik menjawab kertas Bahasa Malaysia..
bermula 8.00 pagi hingga 1.30 petang

penceramah slot 1 = Cikgu Suleha
penceramah slot 2 = Cikgu Khalid


hari Khamis >> teknik menjawab bagi kertas Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris
bermula 8.00pagi hingga 1.30 petang

penceramah BA = Ustaz Radizal
Ustaz Razali
penceramah BI = Cikgu Rahiman


pada hari Jumaat.. SMK Tun Mamat sudah mula bercuti bersempena Hari Deepavali




pesan penerbit >> blog masih peringkat percubaan.. (mungkin update agak lambat.. lantaran kesibukan seharian sepanjang waktu persekolahan =)

Saturday, October 10, 2009

^-^ SALAM MUQADIMAH ^-^

Orang yang bijak mempelajari banyak perkara daripada musuhnya sendiri.

Terdapat banyak kemungkinan untuk gagal kerana kejayaan hanya boleh dicapai dengan satu perkara iaitu USAHA.

Ketika ditimpa bencana, kita akan mengenali yang mana satu lawan & yang mana satu kawan.

Pemimpin yang baik akan memikul kesalahan & tidak mengejar nama.

Rumah tanpa buku umpama bilik tanpa tingkap.

Kebocoran yang kecil masih boleh menenggelamkan sebuah kapal yang besar.

Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.

Nyanyian ibu untuk menidurkan anaknya ketika kecil adalah suara yang paling merdu di dunia.

Tanpa permulaan, anda tidak akan sampai ke mana-mana.

Berdoa dan meminta bukannya perkara yang sama.

Kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan.

Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

Hiasilah kehidupan ini dengan gurau senda kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni. Jangan jadikan diri anda ibarat sekumpulan tisu-tisu kerana tugasnya adalah untuk mengesat benda -benda yang kotor "buah akal ialah ilmu pengetahuan,buah jiwa adalah iman dan buah fizikal ialah kemajuan" "cinta kepada bunga akan layu,cinta kepada manusia akan berpisah dan cinta kepada ALLAH s.w.t akan abadi" Wanita itu sendiri adalah rahsia Nafsu mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya, akal mengatatakan wanita cantik atas dasar ilmu dan kepandaiannya, dan hati mengatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.